
Latar Belakang
Printing & Souvenir adalah sebuah syarikat bumiputeramelayu sepenuhnya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mula beroperasi pada tarikh 1 April 2014 di Bandar Jasin Bestari, bersebelahan KWSP Jasin.IM Printing & Souvenir menyediakan perkhidmatan cetakan offset dan digital seperti kad kahwin, kad perniagaan, pelekat label, risalah, booklet. Cenderahati seperti hamper, medal, mug dan cenderahati yang lain,cetakan baju, cop getah serta juga papan iklan.IM Printing & Souvenir mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha untuk menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali setanding dengan bangsa asing yang menguasai bidang ini.IM Printing & Souvenir akan berusahan untuk mengembangkan lagi perniagaan ini keseluruh pasaran Malaysia.
Visi dan Misi
IM Printing & Souvenir akan menjadi sebuah syarikat pembekal utama yang menyediakan pelbagai perkhidmatan cetakan dan cenderahati serta papan iklan dan menjadi “1 STOP CENTER” bagi memenuhi keperluan institusi dan syarikat kerajaan mahupun swasta khususnya di negeri Melaka dan seluruh Malaysia.Bagi memastikan misi kami tercapai, penyediaan para tenaga yang profesional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif. IM Printing & Souvenir akan terus melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu memberikan keuntungan kepada syarikat